Apa itu Forex
APA ITU PERDAGANGAN FOREX?
Istilah FOREX ialah Foreign Exchange atau di dalam bahasa Melayu dipanggil Pertukaran Matawang Asing. Perdagangan Forex melibatkan
penjualan dan pembelian dua matawang asing. Sebagai contoh jika anda ingin menukarkan matawang Jepun dengan matawang Amerika.
Ini bermakna anda menjual matawang Jepun untuk mendapatkan matawang Amerika bagi memperolehi keuntungan.
Apabila matawang Amerika meningkat nilainya berbanding dengan matawang Jepun, anda menjual matawang Amerika dan membeli
matawang Jepun pula untuk memperolehi keuntungan.
BAGAIMANA PERDAGANGAN FOREX DIJALANKAN MELALUI INTERNET
Untuk berdagang Forex melalui internet, anda perlu mendaftar dengan sesebuah syarikat Broker yang terdapat di Amerika, United
Kingdom, Jepun, Australia atau lain-lain negara melalui internet. Kemudian anda akan muat-turun perisian perdagangan Forex
ke dalam komputer anda yang dibekalkan oleh Broker tersebut.
Perlu diingatkan di sini, kerajaan Malaysia tidak sekali-kali mengeluarkan lesen perdagangan Forex di Malaysia. Sekiranya
ada individu atau syarikat mengaku mereka adalah broker perdagangan Forex di Malaysia, maka itu adalah satu penipuan. Segala
transaksi perdagangan Forex boleh dijalankan melalui internet dengan menggunakan broker yang berdaftar di luar negara sahaja.
Melalui perisian yang diberikan oleh broker luar negara tersebutlah anda akan melakukan penjualan dan pembelian beberapa
pasangan gandingan matawang asing. Segala proses penjualan dan pembelian gandingan matawang asing berpandukan carta di dalam
perisian tersebut.
Sebagai contoh katakan anda memilih gandingan matawang Euro dan USD iaitu EUR/USD. Jika pasaran matawang EUR/USD sedang
menurun berpandukan carta tersebut, anda akan melakukan penjualan. Untuk melakukan penjualan anda hanya mengklik pada nilai
harga dalam bahagian BID. Jika pasaran melalui carta tersebut semakin menurun, anda akan mendapat keuntungan semakin banyak.
Jika pasaran matawang EUR/USD sedang meningkat berpandukan carta tersebut, anda akan melakukan pembelian pula. Untuk melakukan
pembelian anda hanya mengklik pada nilai harga dalam bahagian OFFER. Jika pasaran melalui carta tersebut semakin meningkat,
semakin banyak anda akan memperolehi keuntungan.
Ini bermakna walaupun pasaran sesuatu gandingan matawang meningkat atau menurun, anda masih memperolehi keuntungan. Ini
tidak seperti pasaran saham, yang mana anda akan memperolehi keuntungan semasa pasaran meningkat sahaja.
BAGAIMANA SESEORANG PEDAGANG FOREX MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN BERIBU RINGGIT DALAM MASA BEBERAPA MINIT SAHAJA MELALUI INTERNET
Keuntungan di dalam perdagangan Forex berdasarkan perubahan angka yang terakhir sekali pada nilai sesuatu gandingan matawang.
Pergerakan angka tersebut di panggil PIP.
Sebagai contoh katakan anda ingin berdagang matawang EUR/USD. Harga jualan ialah 1.2035. Katakan harga tersebut meningkat
kepada 1.2065 dalam masa 30 minit. Maka anda akan
mendapat keuntungan sebanyak 30 PIP atau point. Satu PIP anda boleh mendapat keuntungan sebanyak US$10 bergantung kepada
modal yang dilaburkan. Oleh itu jika anda memperolehi keuntungan sebanyak 30 PIP, ini bermakna anda telah memperolehi keuntungan
sebanyak US$300 dalam masa 30 minit. Jika ditukar dengan matawang Ringgit, anda akan mendapat keuntungan lebih kurang RM1,200
dalam masa 30 minit sahaja.
Enter content here
|